MUKADIMAH
Pengenalan
AJK Induk
AJK Kerja
Definisi
Konsep
Matlamat
Objektif
Peranan & Fungsi
Perkhidmatan
Waktu Urusan
Teras Perkhidmatan

PENGURUSAN PSS
Guru Penyelaras
Guru Perpustakaan
Guru BBM Elektronik
Guru Grafik Atau Keceriaan

PERATURAN

BULETIN

 

 

 






Pengenalan

Pusat Sumber Sekolah(PSS) diakui sebagai satu institusi yang dapat membantu mempertingkatkan lagi mutu pendidikan apabila digunakan secara terancang dan teratur.Kerja sama semua guru adalah penting bagi menuju ke arah matlamat penubuhan Pusat Sumber itu.

Selain daripada kemudahan fizikal, Pusat Sumber juga memerlukan satu badan pengurusan yang baik yang memahami tujuan dan objektif penubuhannya. Setelah memahami definisi dan konsepnya, badan pengurusan yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja akan merancang program-program yang akan dilaksanakan. Perancangan ini meliputi semua aspek termasukbelanjawan, program aktiviti untuk guru dan pelajar, latihan, penyelenggaraan dan sebagainya.

Sesuai dengan teknologi terkini dan kayu ukur piawaian PSS daripada PSPN, maka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun telah melancarkan laman web khusus untuk Pusat Sumber.

Definisi

          Pusat Sumber Sekolah adalah satu tempat  di mana terkumpulnya pelbngai bahan media pendidikan yang telah diklasifikasikan, dikatalog dan disusunatur untuk mudah digunakan oleh guru dan pelajar di samping merupakan sau kemudahan di mana guru dapat berkumpul untuk berbincang, memilih, merencana, menghasil, menerbit, mengedar dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan guru demi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.

          Secara amnya, Pusat Sumber adalah pusat pengumpulan dan penyebaran pelbagai maklumat yang diurus secara sistematik untuk memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bagi tercapainya matlamat pendidikan yang berkesan dan bermutu. 

KONSEP PSS

Pusat Sumber tidak akan berfungsi dengan sempurna andainya konsep dan idea di sebalik penubuhannya tidak difahami dengan jelas. Pada dasarnya, sebuah Pusat Sumber yang baik hendaklah mempunyai aspek-aspek berikut:

            (a)   Kemudahan fizikal
            (b)   Bahan-bahan maklumat ( bercetak dan bukan bercetak )
            (c)   Pengurusan yang teratur
            (d)   Perkhidmatan kepada pengguna
            (e)   Matlamat / Objektif

Dengan aspek-aspek tersebut, Pusat Sumber akan lebih merupakan hinpunan funsi-fungsi merangkumi :

            (a)   Pengumpulan maklumat sebanyak mungkin
            (b)   Menyusun maklumat itu secara sistematik yang mudah diikuti dan berkesan
            (c)   Menyimpan maklumatsecara sistematik dan kemaskini
            (d)   Menyebarkan maklumat

Konsep ini memerlukan masa yang panjang dan berterusan untuk melihat kesempurnaannya.

                 

matlamat

1. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah:
    Pengurusan Pusat Sumber berusaha ke arah kecemerlangan pelajar dalam semua aspek seperti keilmuan, sikap tingkahlaku dan peranan positif dalam masyarakat. Dengan perkhidmatan dan kepakaran yang ditawarkan Pusat Sumber diharap akan dapat memperkembangkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu,                   dinamis,kreatif, inovatif dan berdisiplin:
   Guru merupakan agen perubahan selain dari pemimpin yang berpengaruh akan memainkan peranan penting yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. Melalui Pusat Sumber guru akan dapat menambah ilmu pengetahuan mereka dari masa ke semasa sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan. Inovasi yang diperkenalkan hendaklah diterima dengan baik.

3.  Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin:
    Pelajar sebagai pemimpin masa depan sewajarnya melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan. Bagi membolehkan mereka mempunyai sahsiah yang tinggi untuk memainkan peranan  yang positif setelah mereka tamat persekolahan. Pusat Sumber akasn bermakna secara tidak langsung menghasilkan pelajar yang mempunyai sifat dinamis, kreatif dan berdisiplin.

4. Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan di antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar:
    Setelah mencapai kemerdekaan, kerajaan telah berusaha memberi seberapa banyak kemudahan pendidikan di sekolah luar bandar yang dahulunya diabaikan oleh penjajah. Melalui penubuhan Pusat Sumber Sekolah  dari banyak aspek disediakan untuk kepentingan guru dan  pelajar.

 

  objektif

1. Mengumpul, memproses, menyimpan dan mengedar maklumat:
    Guru yang baik akan melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat sebelum masuk ke kelas dan mengajar. Pelajar yang baik juga akan melengkapkan dengan pelbagai maklumat sebelum menghadapi peperiksaan. Tempat paling mudah mendapatkan maklumat ialah Pusat Sumber.
    Pusat Sumber berusaha secara berterusan mengumpul, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk. Bahan-bahan bercetak seperti buku dan akhbar, bahan bukan bercetak seperti alatan mengajar dan pembelajaran disediakan. Ia menrangkumi semua bidang yang diperlukan seperti Sains, Teknologi, Agama, Kemanusiaan dan sebagainya. Maklumat-maklumat melalui majalah, pita video, bahan bantuan mengajar dan sebagainya itu akan membantu memperkayakan pengetahuan dan pengalaman guru dan pelajar.

2.    Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran:
        Salah satu fungsi utama Pusat Sumber adalah mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan maklumat oleh Pusat Sumber membantu guru dan pelajar menambah pengetahuan di samping mencabar keupayaan dan daya pemikiran serta imaginasi mereka. Perubahan perlakuan yang positif  akan meninggikan lagi mutu pembelajaran pelajar.
        Untuk ke arah yang positif dan efektif, Pusat Sumber akan terus berusaha melengkapkan koleksinya. Segala bahan atau sumber maklumat akan sentiasa dikemaskini. Dengan itu mutu pendidikan di sekolah akan dapat dipertingkatkan.

3.    Memberi khidmat runding dan khidmat nasihat:
        Pusat Sumber yang baik semestinya berupaya memberi khidmat nasihat dan pandangan apabila keadaan memerlukan. Badan pengurusan Pusat Sumber hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media pendidikan melalui sesi demonstrasi, perkembangan staf, bengkel, kursus dan sebagainya. Guru juga akan didedahkan dengan aspek keselamatan dan penyelenggaraan media tersebut. Dengan itu produktiviti profesion pendidikan akan meningkat dengan menyepadukan media pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.    Membina program media pengajaran dan pembelajaran
        Selaras dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran Pusat Sumber akan menganjurkan beberapa program seperti bengkel bagi menghasilkan bahan pendidikan. Pelajar boleh diminta bersama-sama membuat alat atau bahan bantuan mengajar yang murah dan mudah disediakan. Alat pandang dengar yang digunakan akan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih  menarik dan berkesan.

 

Peranan dan fungsi PSS

1. Berkhidmat sebagai agen berpusat untuk memperolehi, menghasil, mengorganisasi dan mengedarkan bahan-bahan pengajaran-pembelajaran yang diperlukan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.

2. Merupakan pusat perhubungan di antara sekolah dengan agen perkhidmatan maklumat lain seperti perpustakaan awam, perpustakaan filem negara Malaysia, perpustakaan universiti dan sebagainya.

3. Memberi panduan kepada guru dan pelajar untuk mencari, memilik,menghasil, dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing.

4. Menentukan bahawa alat-alat yang diperolehi itu adalah dalam keadaan baik, dijaga atau dibaiki mengikut masa.

5.  Membuat perancangan supaya kemajuannya selaras dengan peredaran zaman tanpa merosakkan nilai-nilai murni

   

perkhidmatan yang disediakan
1    Perpustakaan
2    Bilik Rujukan
3    Bilik Bahan Bantu Mengajar
4    Makmal Komputer/Karel
5    Bilik Tayangan
6    Studio Sekolah
7    Balai Sumber/ Bacaan Luar
8    Penerbitan
9    Perkembangan Staf
10  Bilik Mesyuarat
11  Bilik Kerja/Bengkel/Seminar
12  Khidmat Nasihat
13  Rakam Salin Audio/Visual
14  Kaunter Pinjaman/Pemulangan

waktu urusan pusat sumber

Hari Persekolahan

Isnin - Jumaat    :   7.45 pagi - 4.30 petang

Sabtu                  :   8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Cuti Semester

Isnin - Sabtu        :    9.00 pagi - 12.00 tengah hari
                                          (ikut keperluan)

teras perkhidmatan

*    Berpegang teguh kepada ajaran Islam

*    Berazam memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik

*    Bekerja dengan penuh tanggung jawab

*    Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.

*    Berkhidmat dengan penuh muhibah dan mesra, menyayangi buku dan ilmu pengetahuan.

*  Menyayangi sesama insan.

 

Pengurusan 

Pusat Sumber Sekolah adalah satu pusat di mana terkumpulnya pelbagai bahan media pendidikan yang telah diklasifikasikan, dikatalog dan disusunatur untuk mudah digunakan oleh guru dan pelajar di samping merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul untuk berbincang, memilih, merencana, menghasil, menerbit, mengedar dan seteerusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan guru demi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.

Secara amnya, Pusat Sumber adalah pusat pengumpulan dan penyebaran pelbagai maklumat yang diurus secara sistematik untuk memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bagi tercapainya  matlamat pendidikan yang berkesan dan bermutu.

 

Guru Penyelaras

 

  • Menyelaras semua program yang dirancang.
  • Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan dan mengadakan mesyuarat.
  •  Menyediakan jadual kerja bagi pekerja pusat sumber dan perpustakaan.
  • Menyediakan undang-undang dan peraturan pusat sumber dan perpustakaan.
  • Menceriakan pusat sumber
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
  • Membantu melaksanakan program perkembangan staff
  • Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta.

 

Guru Bahan Bantuan Mengajar elektronik

  • Merancang belanjawan tahunan.
  • Menguruskan perjalanan Radio danTV Pendidikan.
  • Menyediakan jadual penggunaan Bilik TV / Bilik Tayangan untuk rancangan TV Pendidikan.
  • Menyediakan bahan sokongan perkhidmatan Radio dan TV Pendidikan seperti jadual waktu siaran dan nota guru.
  • Membina koleksi pita-pita video dan audio untuk kegunaan guru dan pelajar.
  • Menyemak Buku Rekod Penggunaan Radio dan TV Pendidikan utuk mengetahui tahap penggunaannya.
  • Menentukan semua alatan dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  • Melaporkan  kepada Guru Penyelaras sebarang kerosakan alatan jika perlu.
  • Mencatat semua alatan hardware dan software yang ada, dibeli atau diterima,  ke dalam Buku Stok .
  • Memproses (mengkelas, mengkatalog dan sebagainya) semua bahan software yang ada, dibeli atau diterima.
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran apabila diperlukan.
  • Mengurus sistem pinjaman alatan yang effektif.  

Guru Perpustakaan

o        Mengawasi perjalanan perpustakaan agar beroperasi dengan sistematik.

o        Merancang aktiviti perpustakaan .

o        Merancang anggaran belanjawan perpustakaan.

o        Memilih, memesan buku-buku, majalah dan lain-lain bahan bacaan dengan kerjasama guru-guru kanan mata pelajaran .

o        Melatih dan menyelia pembantu dan pengawas Pusat Sumber untuk membuat kerja-kerja yang bersangkutan dengan perpustakaan seperti memproses bahan bacaan yang dibeli atau diterima .

o        Menyemak buku perolehan, katalog dan sebagainya bagi mengetahui buku-buku dan bahan bacaan yang diperlukan .

o        Menyemak stok pada penghujung semesta kedua.

o        Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang buku-buku yang baru diperolehi kepada guru dan pelajar .

o        Menyediakan jadual  waktu perpustakaan.

o        Memberi penerangan diawal semester pertama kepada pelajar tentang cara menggunakan perpustakaan .

o        Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan .

Guru Grafik / Keceriaan

  • Merancang keceriaan keseluruhan bilik Pusat Sumber bagi mewujudkan suasana selesa dan menyenangkan.
  • Menyediakan belanjawan grafik / keceriaan bagi sepanjang tahun.
  • Melatih dan mengawasi Pengawas Pusat Sumber dalam kerja-kerja grafik / keceriaan.
  • Mempastikan dan mengawasi keceriaan Pusat Sumber.
  • Menyediakan poster, lukisan, gambar, cogankata, papan tanda dan hiasan yang sesuai bagi menambah keceriaan Pusat Sumber.

PERATURAN  PUSAT SUMBER

  1. Waktu dibuka:-
    • Sepanjang sesi persekolahan (pagi)
    • Isnin-Khamis : 2.05 – 3.00 petang
    • Jumaat : 12.05 – 1.00 petang
    • Sabtu : 8.30 – 1.00 tengah hari
  2. Dilarang membawa masuk beg, fail, buku, dan makanan termasuk Buku Rujukan kepunyaan sendiri.
  3. Semasa berada di Pusat Sumber, pelajar dilarang membuat bising, makan, minum atau berkelakuan tidak sopan.
  4. Pelajar dikehendaki berpakaian seragam sekolah atau kokurikulum ketika berada di Pusat Sumber.
  5. Pelajar DILARANG masuk ke Bilik Tayangan, stor, dan bilik penyelaras tanpa kebenaran.
  6. Pinjaman buku di rak terbuka terhad 2 buah sahaja bagi setiap kali pinjaman.Tempoh pinjaman adalah 7 hari.
  7. Pinjaman buku bertanda merah hanya sebuah sahaja dan hendaklah dipulangkan pada waktu rehat pada hari berikutnya.
  8. Buku bertanda kuning tidak boleh dipinjam tetapi boleh digunakan untuk rujukan di Pusat Sumber.
  9. Buku-buku dari rak  terbuka, bertanda kuning atau merah tidak bolek dibawa keluar dari bilik yang telah ditetapkan.
  10. Sekiranya lewat memulangkan buku akan dikenakan DENDA  1) Untuk buku di rak : 30¢ sehari.2) untuk buku bertanda merah : RM1.00 sehari.
  11. Jika buku yang dipinjam HILANG, peminjamnya mesti menggantikannya atau membayar balik harga buku  tersebut dan menjelaskan denda lewat sekiranya ada.
  12. Selepas menggunakan mana-mana bilik di Pusat Sumber,sila pastikan tiada sampah ditinggalkan, meja dan kerusi disusun rapi, papan tulis dibersihkan dan matikan suis lampu dan kipas.
  13. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan Pusat Sumber boleh dikenakan tindakan.

Arahan : JK Pentadbiran PSS